fb fb fb fb fb

Abdul Muhaimin diumum calon PN PRK Ayer Kuning

Foto BERNAMA

TAPAH, 9 April- Yang Dipertua PAS Tapah, Abdul Muhaimin Malek, 44 tahun, diumum sebagai calon yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Ayer Kuning.

Pengumuman berkenaan dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Muhaimin yang juga Pengerusi PN Tapah, berkhidmat sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Addin Air Kuning.

Pada Isnin, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir diumum sebagai calon BN.

Parti Sosialis Malaysia pula sekali lagi memilih Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS sebagai calonnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.

Hari penamaan calon akan diadakan pada 12 April, manakala hari pengundian awal pula diadakan pada 22 April.

BERITA BERKAITAN: 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM