fb fb fb fb fb

PRK Ayer Kuning: UMNO Perak senarai enam calon

Foto FB Saarani Mohamad

KAMUNTING, 1 Mac- UMNO Perak telah menyenaraikan enam nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusinya Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, senarai nama itu akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diputuskan.

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah telah menyenaraikan lapan nama calon untuk bertanding, sebelum dua daripadanya menarik diri.

"Tetapi jika daripada lapan itu ada dalam kalangan mereka yang berhasrat untuk menarik diri, boleh WhatsApp kepada saya.

"Jadi, setakat ini sudah dua orang WhatsApp, tetapi tidak menarik diri ada enam orang yang akan dipertimbangkan, bergantung kepada kemungkinan jika ada lagi yang WhatsApp saya. 

"Tetapi semalam selepas taklimat ada seorang yang WhatsApp, dan pagi tadi ada seorang lagi. Jadi, jumlahnya masih enam," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di sini.

Tambahnya lagi, calon yang dipilih harus menepati kriteria ditetapkan iaitu boleh menang serta diterima dan disukai oleh penduduk kawasan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan mengadakan mesyuarat pada 7 Mac depan berkaitan pelaksanaan PRK DUN Ayer Kuning.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM