fb fb fb fb fb

Isu 40 peratus hak Sabah: Jangan dijadikan modal kempen

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada program Temu Anwar: Harapan Urang Muda Sabah di ITCC Penampang pada Sabtu/Foto PMO

PENAMPANG, 15 November - Semua pihak dinasihatkan agar tidak menjadikan isu tuntutan hasil 40 peratus Sabah sebagai modal kempen politik sehingga menjejaskan perpaduan rakyat di negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah dan seluruh negara perlu terus berpakat bagi memelihara martabat serta kemajuan negeri dan Malaysia keseluruhannya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak menggunakan ruang politik yang ada untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan yang stabil demi kepentingan rakyat Sabah.

“Kita boleh bincang dalam kempen, tapi kita kena ingat kita ada amanah… Hangat-hangatkan orang, keliru-kelirukan orang.

"Di Malaysia ini, semua kena berpakat jayakan negeri dan negara, (baik) Islam, Kristian, Buddhis,Hindu; Orang Melayu, Cina, Bidayuh, Kadazan, Murut, Bugis  - semuanya orang Malaysia.

"Jadi kita orang Sabah bersama Malaysia, semua muafakat angkat martabat dan darjat negeri dan negara kita,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar: Harapan Urang Muda Sabah di ITCC Penampang di sini hari ini.

Menurutnya, kekuatan ekonomi menjadi asas kepada jaminan pekerjaan, peningkatan mutu universiti dan sekolah, serta memastikan sistem kesihatan sentiasa mencukupi untuk rakyat.

PRN kali ini menyaksikan sebanyak 71 daripada 596 calon bertanding adalah wanita dengan Warisan menghantar jumlah calon wanita terbanyak sebanyak sembilan orang.

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN