SAMENTA sambut baik pengurangan sewa premis perniagaan

SAMENTA sambut baik pengurangan kadar sewa premis semua agensi kerajaan – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pengurangan kadar sewa premis perniagaan di bawah semua agensi kerajaan persekutuan, menjadi bukti jelas keprihatinan terhadap cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah proaktif tepat pada masanya bagi peniaga kecil yang bergelut dengan krisis bekalan tenaga global.
  • SAMENTA menghargai sokongan dana tambahan dan had jaminan lebih tinggi di bawah SJPP.
  • Memohon penangguhan SST ke atas sewa komersial dan cukai dividen sehingga 2027 untuk mengekalkan aliran tunai.
  • SAMENTA kekal komited bekerjasama dengan Kerajaan bagi merealisasikan matlamat Ekonomi MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) Datuk William Ng berkata, langkah proaktif tersebut amat tepat pada masanya bagi peniaga kecil yang kini bergelut dengan krisis bekalan tenaga global.

Presiden Kebangsaan SAMENTA, Datuk William Ng – Foto SAMENTA

”SAMENTA menghargai langkah-langkah yang diperkenalkan setakat ini, termasuk sokongan dana tambahan, had jaminan yang lebih tinggi di bawah SJPP, dan pengumuman pengurangan sewa premis perniagaan.

”Bagaimanapun, kami juga memohon agar kerajaan mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas sewa komersial dan cukai dividen sehingga tahun 2027,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penangguhan kedua-dua cukai itu adalah kritikal untuk mengekalkan aliran tunai, menggalakkan pelaburan semula serta mewujudkan kestabilan.

Menurutnya, SAMENTA kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan bagi merealisasikan matlamat Ekonomi MADANI demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.