
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$130.6 bilion setakat 29 Mei 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah rizab meningkat berbanding AS$129.5 bilion yang direkodkan setakat 15 Mei.
- Rizab mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali hutang luar negara jangka pendek.
- Komponen utama: rizab mata wang asing AS$114.7 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.3 bilion dan SDR AS$5.9 bilion.
- Emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.4 bilion dan AS$2.3 bilion.
Jumlah itu meningkat berbanding AS$129.5 bilion yang direkodkan setakat 15 Mei lalu.
Bank pusat dalam satu kenyataan berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek.
”Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$114.7 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$5.9 bilion.
”Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.4 bilion dan AS$2.3 bilion,” jelas BNM