Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung.
  • Kontrak bulan-bulan terdekat menunjukkan penurunan harga berbanding penutupan sebelumnya.
  • Jumlah dagangan merosot kepada 239 lot daripada 303 lot sebelum ini.
  • Kepentingan terbuka susut kepada 315 kontrak daripada 344 kontrak sebelumnya.

Kontrak Mac 2026 meningkat kepada AS$4,475.2 setiap auns troy daripada AS$4,508.7 pada Rabu tetapi kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 merosot kepada AS$4,440.7 setiap auns troy daripada AS$4,474.0 sebelumnya dan Februari 2026 susut kepada AS$4,457.2 daripada AS$4,490.7.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih rendah, ditutup pada AS$4,493.2 setiap auns troy daripada AS$4,526.7 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada 239 lot daripada 303 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 315 kontrak daripada 344 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada AS$4,438.0 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Januari 2026. -BERNAMA