
KUALA LUMPUR, 29 September – Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor masing-masing menduduki tempat ke-10 dan ke-11 tersenarai dalam kelompok 11 pelabuhan kontena tersibuk dunia.
- Pelabuhan Klang dan PTP rekod pengendalian lebih 15 juta TEU pada 2025, menunjukkan kenaikan berterusan dalam kapasiti dan keupayaan pengendalian kontena.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pencapaian itu cerminkan perkembangan positif sektor pelabuhan dan peranan penting Malaysia dalam perdagangan global.
- Kerajaan berharap prestasi kedua-dua pelabuhan dipertingkat untuk menembusi kelompok 10 teratas dunia, kata beliau selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2026.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pencapaian itu mencerminkan perkembangan positif sektor pelabuhan negara serta peranan penting Malaysia dalam rantaian perdagangan global.
Berdasarkan senarai Lloyd’s List One Hundred Container Ports 2026, Pelabuhan Klang mengendalikan lebih 15.13 juta unit bersamaan kontena 20 kaki (TEU) pada 2025, meningkat 3.4 peratus berbanding 14.64 juta TEU pada 2024.
Sementara itu, PTP merekodkan pengendalian kira-kira 15.11 juta TEU pada 2025.
“Kerajaan berharap prestasi kedua-dua pelabuhan itu terus dipertingkat sehingga masing-masing berada dalam kelompok 10 teratas dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia (MMW) 2026 di ibu negara.