
KUALA LUMPUR, 29 September – Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026.
- Agihan merupakan kadar tertinggi dalam tujuh tahun, meningkat daripada 4.75 sen seunit tahun lalu.
- Bagi pemegang unit Islam memilih Zakat Khultah (Kelas 8), kadar bersamaan anggaran 4.87 peratus selepas zakat.
- Perdana Menteri puji tatakelola ASNB dan berharap agihan mengukuhkan simpanan serta perancangan kewangan rakyat.
Agihan berkenaan merupakan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan merupakan peningkatan daripada 4.75 sen seunit pada tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi facebooknya.
Menerusi Facebooknya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas 8), kadar itu bersamaan anggaran 4.87 peratus selepas zakat.
“Pencapaian ini mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengurus amanah pelaburan dengan baik dalam mendepani persekitaran pasaran global yang penuh cabaran,” katanya menerusi kenyataan tersebut.
“Tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat” katanya.
Beliau turut berharap agihan berkenaan dapat membantu mengukuhkan simpanan dan perancangan kewangan rakyat pada masa depan,