Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

 Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai sistem perbankan dianggarkan RM42.96 bilion (konvensional) dan RM21.18 bilion (Islam).
  • BNM laksanakan tender repo berbalik tujuh hari: RM4.5 bilion konvensional dan RM600 juta Murabahah Komoditi Bercagar.
  • Pada 4 petang, BNM jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM48.0 bilion dan Murabahah sehingga RM21.7 bilion.
  • Ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan Murabahah untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.96 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.18 bilion dalam pasaran wang Islam.

BNM akan melaksanakan tender repo berbalik yang terdiri daripada RM4.5 bilion untuk tujuh hari dan RM600 juta tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) untuk tujuh hari.

Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM500 juta untuk satu hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM48.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM21.7 bilion.- BERNAMA

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.