
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM37.65 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.15 bilion dalam pasaran wang Islam.
- BNM menjalankan tender repo berbalik RM3.5 bilion untuk tujuh hari dan repo berbalik Islam RM200 juta untuk 92 hari.
- Pada 4 petang BNM jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.2 bilion dan Murabahah sehingga RM25.4 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM37.65 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.15 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3.5 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk 92 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.2 bilion dan RM25.4 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA