
KUALA LUMPUR, 15 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM48.37 bilion (konvensional) dan RM25.19 bilion (Islam), menunjukkan lebihan kecairan dalam sistem perbankan.
- BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion untuk tempoh tujuh hari.
- BNM sediakan kemudahan repo berbalik, jual beli balik, Murabahah (1 minggu, 1 bulan, 3 bulan); tender semalaman konvensional RM50.4 bilion, Murabahah RM25.2 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM48.37 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.19 bilion dalam dana Islam.
BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM50.4 bilion dan RM25.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA