
KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Operasi harian BNM melalui tender repo berbalik dan repo berbalik Islam menyerap lebihan tunai, menyokong kestabilan kadar jangka pendek.
- Perubahan lebihan tunai mingguan berbeza antara sistem konvensional dan Islam, mempengaruhi kecairan pasaran.
- Kadar semalaman Islam (MYOR-i) dikekalkan pada tahap stabil, mencerminkan pengaruh operasi BNM.
Pada minggu ini, bank pusat melaksanakan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM26.50 bilion pada Jumaat daripada RM32 bilion pada minggu sebelumnya.
Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM28.40 bilion daripada RM20.70 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 15 Jan, 2026. -BERNAMA