
KUALA LUMPUR, 8 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM40.20 bilion daripada RM39.29 bilion.
- Mudah tunai dalam dana Islam menurun kepada RM26.50 bilion daripada RM28.44 bilion.
- BNM menjalankan tender repo berbalik untuk menyerap lebihan kecairan sistem kewangan.
- Pada 4.00 petang BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM40.20 bilion dan murabahah RM26.50 bilion untuk satu hari; MYOR-i 2.75 peratus.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM40.20 bilion daripada RM39.29 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menurun kepada RM26.50 bilion daripada RM28.44 bilion.
Terdahulu, bank pusat menawarkan tender repo berbalik.
Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM40.20 bilion dan tender pasaran wang murabahah sebanyak RM26.50 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 7 April, 2026. -BERNAMA