Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi selari kenaikan pasaran COMEX AS

Gambar hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 8 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak April dan Mei 2026 naik kepada AS$4,821.70 dan AS$4,841.30 bagi setiap auns troy.
  • Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga berakhir lebih tinggi pada AS$4,859.80.
  • Jumlah dagangan meningkat kepada 32 lot dan kepentingan terbuka naik kepada 81 kontrak.

Pada penutupan, kontrak bulan April 2026 meningkat kepada AS$4,821.70 bagi setiap auns troy berbanding AS$4,709.90 pada Selasa lalu, manakala kontrak Mei 2026 naik kepada AS$4,841.30 berbanding AS$4,730.00.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga berakhir lebih tinggi pada AS$4,859.80 berbanding AS$4,749.30 sehari sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 32 lot berbanding 8 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 81 kontrak daripada 57 kontrak sebelum ini.

Emas fizikal ditetapkan pada AS$4,611.70 bagi setiap auns troy pada penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 7 April 2026. -BERNAMA