BIFA 2026: Perkukuh jaringan industri pembinaan dan pendidikan negara

Pengerusi Olympia Education Group, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor

BANGI, 20 Mei– Jalinan kerjasama dan rangkaian kolaboratif antara pelbagai sektor ekonomi dengan dunia akademia mampu menjadi pemacu utama dalam memajukan negara pada masa hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program menghubungkan inovasi dan kepimpinan bagi memastikan kemajuan negara yang lebih mampan.
  • Edisi sulung BIFA 2026 menjadi perintis pengukuhan jaringan industri pembinaan dan pendidikan negara.
  • Panel penilai gabungan industri, akademia dan CIDB menilai penerima secara telus; 24 penerima diraikan.

Langkah bersepadu itu bukan sahaja dapat menyatukan elemen-elemen penting pembangunan, malah berupaya memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Pengerusi Olympia Education Group, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor berkata penganjuran program seumpama itu sangat penting bagi menghubungkan aspek inovasi dan kepimpinan demi memastikan kemajuan negara yang lebih mampan.

“Sambutan yang diterima sangat luar biasa dengan penyertaan daripada pelbagai sektor. Majlis makan malam ini berjaya menghubungkan pelbagai pihak bagi membina kerjasama dan kolaborasi yang erat.”

“Melalui konsep ‘Builders’ itu sendiri, kita menekankan elemen penting seperti inovasi serta kepimpinan yang efisien. Rangkaian jalinan yang dibina malam ini diharap dapat membantu lonjakan negara, kerana tanpa inovasi dan kepimpinan yang cekap, kita tidak akan mampu bergerak maju,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut pada Selasa (19 Mei).

Mengulas lanjut mengenai pengiktirafan yang diberikan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adj. Prof. Datuk Seri Abdul Rani Osman memaklumkan bahawa edisi sulung tersebut menjadi perintis kepada pengukuhan jaringan industri pembinaan dan pendidikan negara.

Jelas beliau, panel penilai yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran termasuk pihak industri, akademia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah digabungkan bagi memastikan para penerima dinilai secara telus berdasarkan pencapaian cemerlang dalam kategori yang ditetapkan.

Majlis berprestij B.U.I.L.D.E.R.S. Industry Gala & Awards 2026 (BIFA 2026) yang berlangsung pada Selasa itu menyaksikan seramai 24 penerima diraikan atas sumbangan luar biasa mereka dalam sektor persekitaran binaan, infrastruktur, kejuruteraan, pelaburan dan sosioekonomi negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.