Bank Rakyat perkukuh pengantarabangsaan perniagaan Malaysia melalui BizMatch di Tokyo

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Bank Rakyat terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pertumbuhan dan pengantarabangsaan perniagaan Malaysia menerusi penganjuran program “Bank Rakyat BizMatch: Hebatkan Perniagaan Malaysia” yang berlangsung bersempena Forum Nikkei di Tokyo, Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • BizMatch menghimpunkan tujuh syarikat Malaysia dengan pemilik perniagaan, peneraju industri, pelabur dan rakan strategik dari Jepun serta Asia.
  • Program bertujuan memperkukuh kerjasama antarabangsa, memudahkan akses pasaran dan meneroka peluang rentas sempadan dalam sektor berpotensi tinggi.
  • Dihadiri pemimpin termasuk Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat.
  • Program membuka peluang jalinan dengan rakan niaga, pelabur dan pembeli Jepun, sambil menggalakkan pertukaran ilmu dan kerjasama perniagaan jangka panjang.

Bank itu memaklumkan, platform padanan perniagaan strategik itu menghimpunkan tujuh syarikat Malaysia bersama pemilik perniagaan, peneraju industri, pelabur dan rakan strategik dari Jepun serta seluruh Asia.

”Usaha tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa, memudahkan akses pasaran dan meneroka peluang rentas sempadan dalam sektor berpotensi tinggi,” jelas Bank Rakyat dalam satu kenyataan.

Program tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Sementara itu, Steven berkata inisiatif berkenaan selaras dengan aspirasi kementerian untuk mengangkat perniagaan tempatan melangkaui sempadan domestik dengan kedudukan yang lebih kompetitif di peringkat global.

”Usahawan Malaysia mempunyai potensi, kreativiti dan daya tahan yang tinggi, namun memerlukan platform yang tepat, perkongsian strategik dan akses kepada ekosistem global bagi memperluaskan perniagaan mereka.

“Kami percaya usahawan Malaysia mempunyai potensi yang besar. Apa yang mereka perlukan ialah platform yang sesuai, jaringan strategik dan akses kepada ekosistem global, dan inilah yang ingin disediakan menerusi program seperti ini,” katanya.

Beliau berharap syarikat-syarikat Jepun melihat syarikat pemula teknologi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia bukan sekadar sebagai vendor tempatan, sebaliknya sebagai rakan strategik yang mampu menjayakan inovasi bersama.

Menurutnya, program BizMatch turut membuka ruang kepada usahawan Malaysia untuk berhubung dengan bakal rakan niaga, pelabur dan pembeli dari Jepun, selain menggalakkan pertukaran pengetahuan dan kerjasama perniagaan jangka panjang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.