Zulkifli kecam provokasi Ben-Gvir, peneroka haram Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 Julai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam tindakan provokasi melampau yang diketuai Menteri Keselamatan rejim Israel, Itamar Ben-Gvir bersama- sama ribuan peneroka haram yang menceroboh pekarangan kompleks Masjid Al-Aqsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan Dr. Zulkifli: pencerobohan sebagai pencabulan terang terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa dan status quo tapak suci.
  • Zionis menunjukkan sifat menindas dan tidak menghormati undang-undang antarabangsa serta kebebasan beragama.
  • Jabatan Perdana Menteri menuntut badan antarabangsa dan OIC bertindak pantas dan tegas menghentikan kebiadaban berterusan.
  • Seruan kepada umat Islam Malaysia dan dunia: bersatu, memperkasakan doa dan menentang sebarang pencerobohan.

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan dalam kenyataan berkata pencerobohan itu merupakan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian kiblat pertama umat Islam dan status quo tapak suci tersebut, sekali gus mencetuskan provokasi keagamaan melampau.

“Kezaliman rejim Zionis itu memperlihatkan sifat sebenar mereka yang menindas dan tidak menghormati undang-undang antarabangsa serta hak kebebasan beragama,” katanya.

Pihaknya menuntut badan antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bertindak pantas dan tegas menghentikan kebiadaban berterusan.

Beliau turut menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia supaya terus bersatu, memperkasakan doa serta menyatakan penentangan terhadap sebarang bentuk pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.