Yogeesvaran Kumaraguru dilantik semula ahli luar MPC

Datuk Yogeesvaran Kumaraguru / Foto Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 OgosBank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula Datuk Yogeesvaran Kumaraguru sebagai ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 September 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengalaman 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi; terlibat merangka beberapa Rancangan Malaysia dan ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
  • Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (2017) serta pakar runding ekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • Kini rakan kongsi firma guaman dan Felow Kanan Bukan Residen di MIER; memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan LLB.

BNM memaklumkan, Datuk Yogeesvaran sebelum ini telah berkhidmat sebagai ahli luar MPC sejak 1 September 2024.

“Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi (EPU), sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi pada 2017.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di EPU, Datuk Yogeesvaran terlibat dalam merangka beberapa Rancangan Malaysia dan merupakan ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara,” menurut kenyataan itu.

Bank pusat itu berkata, beliau turut pernah berkhidmat sebagai pakar runding dalam hal ehwal ekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Kini, Datuk Yogeesvaran menyumbang kepakaran dalam bidang perundangan dan ekonomi sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman, selain merupakan Felow Kanan Bukan Residen di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

“Datuk Yogeesvaran memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi dari University of Manchester, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of London, United Kingdom,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut Akta Bank Negara Malaysia 2009, MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari serta menetapkan dasar bagi mengendalikan operasi dasar monetari, selain memperuntukkan proses pelantikan ahli-ahli MPC.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.