26 penghuni Henry Gurney Telok Mas duduki SPM

PKP Triyo Kurniawan Kusmadi/ RTM

MELAKA, 23 November– Seramai 26 penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang bermula hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak sekolah menyasarkan tujuh penghuni memperoleh sekurang-kurangnya enam A dalam peperiksaan SPM tahun ini.
  • Pengajar membuat persediaan selama tiga bulan, termasuk melalui inisiatif Kelas Malam Menggapai Bintang.
  • Inisiatif kelas malam membantu penghuni membuat persediaan akhir dan mencapai keputusan semua A.

Pengarahnya, PKP Triyo Kurniawan Kusmadi berkata pihak sekolah menyasarkan tujuh penghuni memperoleh sekurang-kurangnya enam A dalam peperiksaan tahun ini.

Beliau berkata pelbagai persediaan dilaksanakan pihak pengajar sejak tiga bulan lepas bagi membantu calon menghadapi peperiksaan, termasuk menerusi inisiatif kelas malam.

“Inisiatif Kelas Malam Menggapai Bintang ini kita laksanakan bagi membantu mereka membuat persediaan pada peringkat akhir.

“Kita juga berusaha memastikan sekurang-kurangnya ada dalam kalangan mereka yang mencapai keputusan semua A berdasarkan sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan peperiksaan SPM di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, hari ini.

Sementara itu, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Hafidz Othman sebelum ini memaklumkan seramai 71 calon SPM 2026 daripada institusi Jabatan Penjara Malaysia menduduki peperiksaan tahun ini membabitkan 23 calon Sekolah Integriti dan 48 calon Sekolah Henry Gurney di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.