fb fb fb fb fb

Yang di- Pertuan Agong sempurna Istiadat Pengurniaan DKPP

KUALA LUMPUR, 12 Januari - Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis (DKPP) kepada 250 penerima di Istana Negara.

Istiadat bermula pukul 10.00 pagi menyaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad, mendahului senarai penerima pingat diikuti Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dikurniakan Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima setia pasukan polis (PSPP) kepada 46 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (PPP) sebanyak 59 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Keempat kesatria pasukan polis (KPP) 5 penerima dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (BPP) 137 penerima.

Penganugerahan pingat DKPP bertujuan memberi penghargaan kepada pegawai dan anggota yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

(FOTO BERNAMA)

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. 

Media Baharu