fb fb fb fb fb

Agong berkenan santuni, zahir ucapan selamat jalan kepada bakal jemaah haji

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SEPANG, 26 Mei - Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berangkat hadir bagi menyantuni serta mengucapkan selamat jalan kepada bakal-bakal jemaah haji negara musim 2024/1445 Hijrah.

Baginda Tuanku turut berkenan beramah mesra bersama-sama 282 orang bakal jemaah daripada kumpulan penerbangan ke-55 (KT055).

Kumpulan jemaah dijadual berlepas pada pukul 1.30 minit tengah hari menuju ke Jeddah, menaiki pesawat  AMAL by Malaysia Airlines ( MH 8122) dan dijangka tiba pada pulul 5.25 minit petang (waktu Arab Saudi).

Majlis yang berlangsung di Stesen Berlepas Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar; Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mesaad Ibrahim Al-Sulaim.

Turut serta, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua  Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamafah Syed Othman; anggota lembaga dan pengurusan kanan TH serta wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan.

TETITIA YUSOFF