fb fb fb fb fb

Waspada tawaran gaji lumayan luar negara - Polis

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin masih ramai rakyat Malaysia yang terperdaya dengan sindiket penipuan pekerjaan yang ditawarkan di luar negara.

Modus operandi sindiket ini akan menawarkan pekerjaan dengan pulangan yang lumayan kepada mangsa dan mereka akan diarahkan bekerja selama 12 jam.


(Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM),
Jabatan Jenayah Siasatan Bukit Aman, ACP Hazril Kamis)

Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Jenayah Siasatan Bukit Aman, ACP Hazril Kamis berkata mangsa-mangsa yang tidak mencapai prestasi kerja yang ditetapkan akan didenda.

"Sekiranya mangsa menerima tawaran bekerja di luar negera, mangsa hendaklah menyemak dahulu syarikat tersebut dengan pihak kementerian luar negara dan juga meneliti segala syarikat yang merekrut di malaysia dan harus membaca dan meneliti kontrak perjanjian pekerjaan tersebut," katanya selepas ditemu ramah di Angkasapuri.

Setakat ini, sebanyak 236 laporan diterima melibatkan mangsa warga tempatan yang diperdaya menerusi sindiket scammer di beberapa negara antaranya Kemboja, Myanmar dan Laos.

293 individu telah menjadi mangsa, 133 berjaya diselamatkan dan 160 individu masih terkandas.

Hazril berpesan, waspada terhadap taktik sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang menawarkan gaji lumayan tetapi sebenarnya dipaksa bekerja bagi penipuan dalam talian (scammer).

Media Baharu