Roket New Glenn berjaya mendarat, namun satelit gagal ke orbit sasaran

FOTO REUTERS

FLORIDA, 20 April – Roket New Glenn milik Blue Origin berjaya melaksanakan pendaratan semula penggalak (booster) selepas pelancaran, namun gagal menempatkan satelit komunikasi ke orbit yang dirancang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelancaran dari Cape Canaveral pada Ahad kira-kira 7.25 pagi waktu tempatan.
  • Penggalak dinamakan "Never Tell Me The Odds".
  • Roket membawa satelit BlueBird 7 milik AST SpaceMobile ke orbit rendah bumi.
  • AST SpaceMobile memaklumkan satelit ditempatkan pada orbit lebih rendah daripada dirancang oleh peringkat atas roket.

Pelancaran roket yang dibangunkan syarikat milik Jeff Bezos itu berlangsung dari Cape Canaveral pada Ahad, kira-kira pukul 7.25 pagi waktu tempatan, dengan penggalak yang digelar “Never Tell Me The Odds” mendarat semula sekitar 10 minit kemudian.

Roket berkenaan membawa satelit BlueBird 7 milik AST SpaceMobile ke orbit rendah bumi, namun syarikat itu memaklumkan satelit tersebut ditempatkan pada orbit lebih rendah daripada yang dirancang oleh peringkat atas roket.

Misi tersebut merupakan perkembangan terbaharu dalam persaingan sengit antara Blue Origin dan SpaceX milik Elon Musk dalam industri pelancaran angkasa.

Satelit berkenaan direka untuk berhubung terus dengan telefon pintar sebagai sebahagian usaha membangunkan rangkaian jalur lebar selular berasaskan angkasa, seumpama projek satelit orbit rendah bumi lain.-REUTERS