Rebel Wilson berdepan saman fitnah libatkan dakwaan media sosial

Pelakon Australia, Rebel Wilson /REUTERS

SYDNEY, 20 April – Pelakon Australia, Rebel Wilson, hadir di mahkamah di Sydney hari ini bagi menghadapi prosiding saman fitnah berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan beberapa hantaran di media sosial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Charlotte MacInnes memfailkan saman fitnah terhadap Rebel Wilson berhubung hantaran Instagram yang didakwa memfitnah.
  • MacInnes mendakwa Wilson menuduhnya berkongsi dakwaan gangguan seksual mengenai seorang penerbit secara peribadi.
  • Penggugat menuntut ganti rugi teruk dan perintah injunksi; perbicaraan dijangka berlangsung sembilan hari.

Wilson disaman oleh Charlotte MacInnes, pelakon utama dalam filem sulung arahannya, The Deb.

MacInnes mendakwa Wilson telah membuat kenyataan tidak benar menerusi hantaran di Instagram yang memberi gambaran bahawa beliau pernah berkongsi secara peribadi mengenai dakwaan gangguan seksual melibatkan salah seorang penerbit filem berkenaan.

MacInnes yang turut hadir di mahkamah bagi prosiding tersebut, memohon ganti rugi teruk serta perintah mahkamah bagi menghalang Wilson daripada mengulangi dakwaan berkenaan sama ada di platform dalam talian atau mana-mana saluran lain.

Perbicaraan kes itu dijangka berlangsung selama sembilan hari.-REUTERS