
KOTA BELUD, 20 April – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di Kampung Tamau Batu Gadung diteruskan hari ini bagi mengesan seorang lagi mangsa.
- Pasukan Bomba Balai Bomba Kota Belud dan agensi lain menyusuri tebing sungai serta kawasan sekitar mencari Mohammad Iqram, 23 tahun.
- Operasi pencarian menghadapi kekangan komunikasi akibat liputan talian terhad di lokasi kejadian.
- Bot dinaiki lapan pemancing dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai.
- Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri; seorang ditemukan mati kira-kira satu kilometer dari lokasi pada 9.50 malam.
Pasukan Bomba dari Balai Bomba Kota Belud bersama agensi lain meneruskan operasi dengan menyusuri tebing sungai dan kawasan sekitar bagi mencari mangsa kedua, Mohammad Iqram Jumaat, 23 tahun.
Operasi pencarian turut berdepan kekangan komunikasi berikutan liputan talian yang terhad di lokasi kejadian.
Dalam kejadian pada petang Ahad, bot dinaiki lapan pemancing dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai.
Dalam kejadian itu enam mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi dilaporkan hilang.
Seorang mangsa berusia 18 tahun ditemukan orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian kira-kira 9.50 malam tadi, sebelum disahkan meninggal dunia.