
KOTA BAHRU, 25 Januari – Seorang wanita warga emas maut selepas rumahnya terbakar dalam kejadian di Jalan Tok Guru, berhampiran sebuah hotel di sini, petang tadi.
- Wanita warga emas ditemukan maut dalam kebakaran di Jalan Tok Guru, Kota Bharu.
- Rumah kayu tradisional musnah hampir keseluruhan, dianggarkan 98 peratus rosak.
- Mangsa dipercayai berseorangan di dalam rumah semasa kejadian.
- Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.
Mangsa dikenal pasti sebagai Fatimah Mat Said berusia 89 tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zukeri Shafie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira tiga minit kemudian.
Beliau berkata kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu tradisional berkeluasan kira-kira 60 kali 60 kaki persegi yang mengalami kerosakan hampir keseluruhan, dianggarkan sebanyak 98 peratus.
“Ketika kejadian, mangsa dipercayai berseorangan di dalam rumah,” katanya.
Menurutnya, seramai 27 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta balai berhampiran dikejarkan ke lokasi dengan bantuan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Water Tanker, satu Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM).
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.