fb fb fb fb fb

Wanita perlu fikir, rancang dengan jelas untuk masa depan generasi

Program Hari Wanita Sedunia di Pasar Utama Bintulu

BINTULU , 8 Mac- Agihan sebanyak 100 kuntum bunga ros bersama kek cawan kepada semua golongan wanita tanpa mengira usia sebagai tanda menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan sosial dan sahsiah di bahagian Bintulu perlu diteruskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, Johnny Pang berkata bersempena sambutan Hari Wanita tahun ini, diharap golongan wanita dapat berfikir dan merancang dengan jelas demi masa depan anak dan generasi akan datang.

Beliau ditemui pemberita di semasa Program Hari Wanita Sedunia di Pasar Utama Bintulu.

Tambahnya, golongan wanita juga diseru memainkan peranan lebih aktif memperjuangkan nasib mereka yang semakin terdedah kepada risiko dan ancaman jenayah masa kini.

Di samping itu, beliau juga berharap taraf kehidupan golongan wanita meningkat dan semakin dihargai sataraf sumbangan mereka yang amat penting dalam membangunkan masyarakat MADANI dan sebuah negara yang harmoni.

ROSLINA BINTI DIN