Mandat besar rakyat pembakar semangat BN Johor terus berkhidmat – Onn Hafiz

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada sidang media di Johor Bahru – Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 12 Julai – Barisan Nasional (BN) Johor menyifatkan kemenangan lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebagai mandat besar yang diberikan rakyat untuk terus berkhidmat, menyantuni rakyat dan menyelesaikan pelbagai isu demi kesejahteraan Bangsa Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amanah besar diterima dengan penuh rasa syukur dan rendah hati.
  • Mandat memberi semangat kepada BN Johor untuk terus berkhidmat dan menyantuni rakyat.
  • Tekad menyelesaikan isu-isu rakyat demi kesejahteraan Bangsa Johor.
  • Sidang media dihadiri pemimpin UMNO dan BN menunjukkan sokongan kepimpinan negeri dan pusat.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kemenangan itu ialah satu amanah besar yang diterima dengan penuh rasa syukur dan rendah hati.

“Mandat besar ini memberikan semangat kepada BN Johor untuk terus berkhidmat, menyantuni rakyat dan menyelesaikan isu-isu rakyat dengan lebih baik. Itulah komitmen kami apabila diberi mandat sebegini, ” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Turut hadir Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.