Iran ancam tarik diri jika Amerika Syarikat terus cabuli memorandum perjanjian damai

Foto AFP

TEHRAN, 12 Julai – Tehran memberi amaran akan menarik diri jika Amerika Syarikat (AS) terus mencabuli memorandum perjanjian damai bagi menamatkan perang Asia Barat yang dipersetujui bersama, lapor IRIB, stesen penyiaran rasmi negara Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wakil Iran ke PBB Amir Saeid Iravani: jika AS terus langgar Perjanjian Islamabad, Iran tidak lagi terikat memorandum persefahaman.
  • Tehran menuduh Washington melancarkan serangan ketenteraan berskala besar terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Iran.
  • Iran kekal komited melaksanakan memorandum itu asalkan AS mematuhi sepenuhnya segala kewajipan.
  • Gencatan senjata April diikuti serangan besar sekitar Selat Hormuz, mengancam rundingan untuk penyelesaian muktamad.

Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani dalam kenyataan di New York pada Jumaat menegaskan, sekiranya AS terus melanggar kewajipannya bawah Perjanjian Islamabad, Iran tidak lagi terikat dengan komitmennya bawah memorandum persefahaman itu.

“Washington telah melanggar tanggungjawabnya dengan melancarkan dan meneruskan serangan ketenteraan berskala besar terhadap kedaulatan serta keutuhan wilayah Iran.”

“Iran kekal komited untuk melaksanakan Memorandum Persefahaman itu dengan penuh amanah, dengan syarat AS turut mematuhi sepenuhnya segala kewajipannya,” katanya.

Perjanjian antara Iran dengan AS didahului oleh gencatan senjata pada April lalu, namun kedua-dua pihak sejak beberapa hari kebelakangan ini saling melancarkan serangan besar di sekitar Selat Hormuz.

Sekali gus, mengancam rundingan yang digariskan bawah perjanjian itu bagi mencari penyelesaian muktamad kepada konflik berkenaan.

Susulan serangan tersebut, Presiden AS, Donald Trump mengisytiharkan gencatan senjata telah berakhir, namun menegaskan rundingan dengan Iran akan diteruskan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.