fb fb fb fb fb

Wakaf Pulau Pinang raih kutipan dana RM1.7 juta

Majlis Apresiasi Sekapur Sirih Wakaf Pulau Pinang 2024 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak

SEBERANG JAYA, 4 Mac - Wakaf Pulau Pinang (WPP) berjaya meraih kutipan dana wakaf tunai berjumlah RM1.7 juta pada tahun 2023 sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah sebanyak lebih RM4 juta di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) .

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang juga merupakan Yang di- Pertua MAINPP berkata pihaknya akan terus memperkasakan institusi pembangunan wakaf di negeri ini khususnya pembangunan tanah wakaf selaras hasrat pewakaf dan tuntutan syarak.

"Selepas ini kerajaan negeri akan melancarkan program kesegaran wakaf ini dan meluaskan ke seluruh negeri bagi menyemarakkan budaya wakaf dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya umat Islam di negeri Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Apresiasi Sekapur Sirih Wakaf Pulau Pinang 2024 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Seberang Jaya itu dihadiri oleh 600 peserta bertujuan menyantuni dan meraikan rakan-rakan strategik korporat dan wakalah kariah yang bergiat aktif dalam projek pembangunan wakaf di negeri ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN