fb fb fb fb fb

Usul percaya PM dibentang dalam Sidang Dewan Rakyat bulan depan

(FOTO HIASAN)

KAJANG, 25 November- Usul undi percaya akan dibentangkan dalam Persidangan Parlimen ke-15, iaitu yang pertama bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember ini.

“Usul pertama selain daripada angkat sumpah adalah usul daripada kerajaan iaitu undi percaya.

"Jadi tidak timbul keresahan kita tentang keabsahan yang ada,” kata Anwar dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri ke-10 di Kajang.

“Soal kestabilan tidak sepatutnya berbangkit,” katanya.

Selain Pakatan Harapan (PH), beliau turut mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu