fb fb fb fb fb

Unjam: Jabatan Perikanan Johor capai sasaran

(FOTO RTM)

PONTIAN, 22 Jun-Kerajaan Johor menerusi Jabatan Perikanan negeri telah mencapai sasaran melabuhkan 140 peranti pengumpulan ikan atau Unjam di tiga perairan negeri tersebut tahun ini.

Menurut Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip inisiatif tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan negeri yang bertujuan meningkatkan hasil tangkapan ikan di negeri berkenaan.

Menurut Zahari lagi, sebanyak 137 unjam dilabuhkan di perairan Pontian dan Batu Pahat manakala tiga lagi unjam dilabuh di perairan Ayer Baloi.

"Kami memahami para nelayan memerlukan sokongan Jabatan Perikanan negeri bagi memastikan bekalan ikan mencukupi.

"Salah satu inisiatif yang dilakukan ialah penurunan unjam dan tukun di sebelah timur dan di bahagian barat pantai Johor", katanya semasa mengadakan program Libat urus bersama komuniti perikanan di Jeti Ayer Baloi di sini.

Dalam majlis sama, seramai 80 nelayan kategori A menerima lesen sampan khas, melibatkan 17 pangkalan nelayan di sini.


(Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor)

Media Baharu