fb fb fb fb fb

Tuntutan perlindungan takaful meningkat 24.4 peratus pada 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia; MTA, Mohd Radzuan Mohamed

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Sejumlah RM8.74 bilion nilai tuntutan perlindungan dilunaskan pengendali takaful negara sepanjang tahun 2023.

Daripada jumlah tersebut, RM6.79 bilion melibatkan takaful keluarga manakala RM1.95 bilion tuntutan takaful am.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia; MTA, Mohd Radzuan Mohamed berkata, jumlah tuntutan meningkat 24.4 peratus berbanding RM7.03 bilion pada 2022.

Beliau berkata, ini mencerminkan, kepekaan industri takaful terhadap keperluan pemegang sijil dan komitmen untuk meringankan beban rakyat dalam kadar segera.

"Kita nampak banyak peluang seperti kadar penembusan, insurans dan takaful cuma 60 peratus maknanya terdapat 40 peratus lagi rakyat Malaysia yang belum dilindungi.

"jadi kita nampak sekurang-kurangnya 20 peratus peluang di situ,"katanya.

Bilangan sijil berkuat kuasa pada tahun lalu, kekal stabil pada RM6.60 juta.

Kadar penembusan takaful keluarga juga kekal stabil pada 19.58 peratus tahun lalu, meski populasi mencatat pertumbuhan tertinggi 10 tahun.

Beliau berkata demikian pada taklimat media prestasi industri takaful 2023 dan pelan transformasi strategik Hijrah27.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE