TPM Zahid mulakan lawatan kerja ke China

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Oktober – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan kerja ke China bermula hari ini hingga 16 Oktober.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan dijangka memperkukuh hubungan diplomatik dan meluaskan kerjasama strategik Malaysia-China, susulan Kenyataan Bersama 2025.
  • Beliau akan menyertai Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Sedunia 2026 di Tianjin dan dijangka memberi ucaptama.
  • Dijadualkan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan kanan China termasuk Timbalan Perdana Menteri Ding Xuexiang dan Penasihat Negara Wang Xiaohong.
  • Lawatan membuka peluang perkongsian kepakaran, lawatan syarikat utama dan kerjasama dalam TVET, teknologi digital, ekonomi hijau serta tenaga boleh baharu.

Lawatan kerja Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid itu dijangka memperkukuh hubungan diplomatik serta memperluas kerjasama strategik kedua-dua negara.

Kementerian Luar memaklumkan, lawatan tersebut merupakan kunjungan pertama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ke republik itu, selain meneruskan usaha memperkukuh hubungan dua hala susulan pemeteraian Kenyataan Bersama mengenai Pembinaan Komuniti Malaysia-China Strategik Bertaraf Tinggi dengan Masa Depan Bersama pada 2025.

Antara agenda utama lawatan ialah beliau dijadual menyertai Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Sedunia 2026 (WVTEDC) di Tianjin dan dijangka memberi ucaptama pada persidangan berkenaan.

Selain itu, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan kanan China di Beijing termasuk Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang dan Penasihat Negara China merangkap Menteri Keselamatan Awam, Wang Xiaohong.

Sementara itu, lawatan kerja tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan amalan terbaik menerusi pertemuan serta lawatan ke beberapa syarikat utama di China.

Tumpuan kerjasama yang akam diberikan merangkumi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), teknologi digital, ekonomi hijau serta tenaga boleh baharu.

Hubungan perdagangan Malaysia-China terus menunjukkan kepentingan strategiknya apabila China mengekalkan kedudukan sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut sejak 2009.

Pada 2025, nilai perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM541.54 bilion iaitu 17.7 peratus daripada keseluruhan perdagangan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.