fb fb fb fb fb

Tourism Malaysia sedia GSPC untuk syarikat penerbangan tempatan, antarabangsa

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) menyediakan Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelancong asing melawat negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan, antara usaha dilakukan termasuk meningkatkan kekerapan penerbangan melalui penerbangan berjadual dan sewa khas.

"Antara penerbangan yang dibawa masuk melalui GSPC bagi meningkatkan kekerapan penerbangan dan kapasiti tempat duduk adalah penerbangan berjadual Dubai (UAE) - Kuala Lumpur dan Karachi (Pakistan) - Kuala Lumpur oleh Batik Air; penerbangan berjadual dari Amristar, Trivandrum , Ahmedabad (India) ke Kuala Lumpur oleh Malaysia Airlines," kata Tiong King Sing menjawab soalan yang dibangkitkan wakil Bangi Syahredzan Johan, di Parlimen.

Malaysia turut menerima beberapa laluan penerbangan baharu dari Asia Barat, Asia Tengah , Asia Utara dan ASEAN.

Manakala penerbangan yang dijangkan akan memulakan penerbangan baharu ke Malaysia ialah dari Eropah dan dari Asean.

TETITIA YUSOFF