TOT MPOB 2026 tawar lebih 300 teknologi hasil R&D untuk dikomersialkan

Foto hiasan

BANGI, 4 Jun – Lebih 300 teknologi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedia untuk dikomersialkan serta peluang jalinan kerjasama awam-swasta (PPP) bagi pembangunan teknologi pada Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB (TOT MPOB 2026).

RINGKASAN BERITA AI
  • Program berfungsi sebagai pemangkin perubahan landskap perniagaan bagi meningkatkan daya saing usahawan tempatan.
  • Usahawan mendapat akses teknologi terkini dan peluang jana pendapatan lebih tinggi melalui produk bernilai tambah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Pengkomersialan teknologi MPOB menjana potensi pasaran melebihi RM6.2 bilion serta memperkukuh keterjaminan makanan dan transformasi ekonomi bernilai tinggi.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam kenyataan memaklumkan, program tahunan yang bakal berlangsung di Ibu Pejabat MPOB di Bandar Baru Bangi itu berfungsi sebagai pemangkin dan perubahan landskap perniagaan bagi melonjakkan daya saing usahawan tempatan ke tahap lebih tinggi.

“Melalui TOT MPOB, usahawan bukan sahaja memperoleh akses kepada teknologi terkini dan produk inovatif, malah berpeluang menjana pendapatan lebih tinggi menerusi penghasilan produk bernilai tambah yang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Langkah strategik itu dirangka khusus bagi membuka peluang keemasan kepada penggiat industri dan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan untuk mengomersialkan inovasi sektor sawit yang menawarkan potensi pasaran bernilai tinggi.

Pengkomersialan pelbagai teknologi MPOB di sepanjang rantaian industri setakat ini telah menjana potensi pasaran yang amat luar biasa, mencecah nilai keseluruhan melebihi RM6.2 bilion.

Penganjuran edisi tahun ini turut memperkukuh agenda keterjaminan makanan serta mempercepat transformasi industri sawit ke arah ekonomi bernilai tinggi.

Pihak MPOB mengalu-alukan kehadiran para usahawan ke sesi taklimat peluang pengkomersialan teknologi yang akan bermula jam 2.30 petang pada hari berkenaan, atau layari portal rasmi mpob.gov.my untuk pendaftaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.