Tiga kertas siasatan berkait PRN Johor dibuka

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan dibuka di bawah Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi
  • Tujuh laporan polis diterima berkaitan PRN sejak hari penamaan calon hingga tengah malam
  • 414 permit kempen diluluskan; polis memantau 191 aktiviti politik sepanjang dua hari berkempen

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad dalam kenyataan memaklumkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat dengan api atau bahan letupan.

Satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, bagi kesalahan khianat.

“Siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Bermula hari penamaan calon pada Sabtu hingga tengah malam tadi, sebanyak tujuh laporan polis diterima berkaitan PRN Johor.

Setakat semalam, sebanyak 414 permohonan permit bagi aktiviti berkempen telah diluluskan.

Polis turut memantau 191 aktiviti politik sepanjang 2 hari berkempen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.