
AYER KEROH, 16 April – Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk memberi tiga inisiatif kepada penternak, pesawah dan petani susulan pelarasan harga bahan api.
- Subsidi RM30 setiap ekar untuk mengurangkan kos jentera.
- Bantuan subsidi diesel sekali beri RM200 hingga RM500 kepada petani berdaftar dengan FAMA yang aktif.
- Pengecualian Lesen Pendudukan Sementara selama setahun bagi penternak dan petani menyewa tanah kerajaan.
- Pelaksanaan dijangka bermula selewat-lewatnya pada bulan Mei, menurut kenyataan Exco.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, antara insentif tersebut adalah subsidi 30 ringgit per ekar untuk mengurangkan kos jentera.
Inisiatif kedua pula adalah petani yang berdaftar dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan aktif mengeluarkan haril tanaman akan diberikan bantuan subsidi diesel secara sekali beri (one-off) berjumlah RM200 hingga RM500.
Jelasnya, manakala bagi golongan penternak mahupun petani yang menggunakan tanah kerajaan secara sewa juga akan diberikan pengecualian lesen pendudukan sementara (LPS) selama setahun.
“Kita akan mulakan selewat-lewatnya pada bulan Mei akan datang. Petani yang berdaftar dengan FAMA dan juga pesawah di negeri Melaka,” katanya.
Beliau ditemui pada Program Hari Ahli Majlis MMKN Bersama Rakyat (HEBAT) di Seri Negeri di sini.