fb fb fb fb fb

Tiga disahkan maut tragedi kepala air di Lembah Maksina, Lahad Datu

FOTO JBPM SABAH

LAHAD DATU, 6 Mei- Tiga daripada enam mangsa kejadian kepala air di Lembah Maksina, Tungku Lahad Datu ditemukan lemas.

Mangsa ditemukan tertimbus di bawah kayu balak kira-kira pukul 1.37 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang ditemukan maut merupakan seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa, manakala seorang lagi tidak dikenal pasti.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa, masih diteruskan.

"Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam tadi, 17 orang mangsa terperangkap dalam banjir kilat atau kepala air ketika menjalankan aktiviti 'river trekking' di Lembah Mak Sina, Pantai Makuau, Lahad Datu,"katanya.

Menurut Sumsoa, dua mangsa berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala sembilan yang lain berjaya dibawa keluar dengan selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 malam melalui sistem 999, segera mengegaskan 11 anggota ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 56 kilometer dari balai.


0605 KEPALA AIR SABAHFOTO JBPM SABAH

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE