fb fb fb fb fb

Tiga beranak mengaku tidak bersalah dalam gaduh gempar di tempat awam

GEORGE TOWN, 7 Jun- Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan bergaduh di tempat awam dalam kejadian bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh Oo Teck Yeon, 55, Chuah Chew Teng, 54 dan Oo Cheng Sing, 28 di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Menurut kertas pertuduhan, ketiga-tiga beranak itu didakwa secara bersama melakukan pergaduhan di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah, dalam kejadian pada 8 Mei lalu kira-kira pukul 11.20 pagi.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 setiap seorang dan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Kes akan disebut semula pada 11 Julai depan.

(Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town)

Media Baharu