fb fb fb fb fb

Tiada stesen jana kuasa arang batu baharu dibuka di Malaysia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Malaysia akan mengurangkan penggunaan arang batu secara berperingkat, bagi mengawal pemanasan global yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Ke arah itu, tiada stesen jana kuasa elektrik baharu berasaskan arang batu akan dibuka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha itu selaras dengan saranan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA). 

"Menjelang 2035, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan fleksibiliti grid sebanyak 20 peratus, bagi membolehkan integrasi lebih besar melibatkan sumber tenaga boleh baharu", katanya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

 

 

Trainee2