Warga emas berdepan hukuman mati

Foto RTM

KANGAR, 14 Julai – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar dadah sintetik berbahaya jenis fentanyl seberat 39.9 liter, pada 1 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh hanya mengangguk ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.
  • Jika sabit kesalahan, hukuman termasuk gantung sampai mati atau penjara seumur hidup; jika tidak, sebatan tidak kurang 12 kali.
  • Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 8 Oktober sementara menunggu laporan kimia; tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada jaminan.

Tertuduh berusia 65 tahun itu hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersama seorang lagi individu yang masih bebas atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis fentanyl seberat 39.9 liter.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dikenakan hukuman gantung, mahkamah juga boleh menjatuhkan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Check Piman, memohon agar mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada jaminan dibenarkan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.