fb fb fb fb fb

Tiada simpanan kecemasan, lebih 60 peratus gagal rancang kewangan

Pakar Perancang Strategi Kewangan, Nurul Aifa Majura

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Lebih 60 peratus individu gagal merancang kewangan.

Pakar Perancang Strategi Kewangan, Nurul Aifa Majura berkata kegagalan itu didorong oleh pengurusan kewangan yang lemah sehingga mengakibatkan individu tidak mempunyai simpanan kecemasan.

Jelasnya, penetapan matlamat yang realistik amat penting bagi meningkatkan motivasi individu untuk lebih konsisten membuat simpanan wang.

Seterusnya, berupaya melaksana strategi berkesan memulakan tahun baharu dengan lebih terancang dan mencapai sasaran simpanan tahunan.

"Pertama sekali, anda perlu ada sasaran. Kalau kita nak cakap pasal simpanan, sasaran berapa anda nak simpan sehingga hujung tahun. Berapa banyak anda nak simpan RM10,000, RM20,000 atau RM50,000. Sebagai contoh, kalau nak simpan RM10,000 setahun, kita perlu menyimpan RM30 sehari.

Bagi saya, kalau ada ilmu boleh buat sendiri. Tapi kalau tidak tahu, lebih baik anda pergi cari bantuan dengan orang yang boleh membantu anda. Sekarang pun, kita ada banyak aplikasi dalam talian yang boleh bantu kita untuk menyimpan. Anda boleh gunakan itu," kata Nurul Aifa kepada pemberita, hari ini.

Nurul Aifa ditemui pemberita selepas menjadi tetamu menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Beliau juga menyarankan individu untuk meneliti aliran tunai bagi memastikan setiap perbelanjaan mengikut bajet kewangan yang ditetapkan dan mengelak pembaziran.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM