fb fb fb fb fb

Tiada pengenalan diri, tidak dibenar sambung pengajian ke IPTA

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR, 4 April- Kementerian Pengajian Tinggi kekal tidak membenarkan anak-anak yang tidak mempunyai pengenalan diri untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, jika bekeperluan, pelajar tersebut akan diklasifikasikan sebagai pelajar antarabangsa agar ia tidak mengganggu proses dasar pemberian subsidi kepada pelajar Bumiputera di pusat pengajian tinggi.

"Setakat ini, dasar yang kita ada tidak membenarkan, yang tidak ada pengenalan diri sebagai warganegara. Ini berdasarkan pekeliling kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah di universiti awam dan yang berkaitan telah menyatakan bahawa syarat am kemasukan adalah hanya warganegara Malaysia yang mempunyai no. Kad Pengenalan sahaja yang layak mengemukakan permohonan", katanya dalam persidangan Dewan Negara.

Justeru, KPT akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan dasar terbaik mengatasinya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

ROSLINA BINTI DIN