Tiada had masa untuk Nurul Izzah bercuti – Fuziah

Datuk Dr Fuziah Salleh/ Foto BERNAMA

AYER KEROH, 14 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menetapkan tempoh masa tertentu bagi Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar yang mengambil cuti untuk menyambung pengajian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nurul Izzah diberi ruang tentukan sendiri tempoh cuti selepas Kongres Nasional PKR 2026.
  • Beliau mesti menyiapkan semua tugasan berkaitan Kongres Nasional PKR terlebih dahulu sebelum memulakan cuti.
  • PKR bersedia menerima beliau kembali dan meneruskan tugas apabila beliau sedia.
  • Majlis Pimpinan Pusat bersetuju memberi cuti sementara selepas Kongres supaya beliau dapat fokus kepada pengajian.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Nurul Izzah diberi ruang untuk menentukan sendiri tempoh cutinya selepas Kongres Nasional PKR 2026, sebelum kembali meneruskan tugas dalam parti.

Bagaimanapun, beliau perlu menyelesaikan semua tugasan berkaitan Kongres Nasional PKR terlebih dahulu sebelum memulakan tempoh cutinya.

“Setakat ini, kita tidak ada memberi had masa kepada Timbalan Presiden untuk bercuti kerana beliau ingin menyambung pelajarannya dan insya-Allah kita bersedia apabila beliau bersedia untuk meneruskan tugas,” jelas Datuk Dr Fuziah.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah selepas Kongres Nasional PKR 2026, bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.