fb fb fb fb fb

Tentera Israel 'tidak menemui apa-apa' di Hospital Al-Shifa - Doktor

Tentera zionis di Hospital Al-Shifa/AFP

GAZA, 18 November- Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Gaza menegaskan bahawa tentera Israel sebenarnya "tidak menemui apa-apa" ketika melakukan pengeledahan di bangunan berkenaan.

Dr Ahmed El Mokhallalati berkata, setelah buntu mencari, zionis memanggil wakil kumpulan doktor untuk menyoal mengenai 'terowong' dan 'tentera'.

"Kami memberitahu bahawa 'ia' akan ada di tangan anda, sekiranya anda sudah menemukan sesuatu (yang anda dakwa).

"Tetapi dari pihak kami, kami tidak tahu apa-apa," jelasnya menerusi panggilan telefon.

Tegas Mokhallalati, sepanjang pendudukan tentera Israel ke atas hospital itu sejak awal Rabu lalu, tidak ada satu pun serangan dilancarkan ke atas penjajah berkenaan.

“Mereka (Israel) tidak menemui apa-apa. Mereka tidak menemui sebarang halangan. Tiada satu pun tembakan terhadap mereka dalam kawasan hospital.

"Itulah sebab mereka boleh bergerak dengan selesa dalam hospital," ujarnya.

1811 BD ISRAEL AMBIL MAYAT PESAKIT AL SHIFADr Ahmed El Mokhallalati/Reuters

Tambah beliau, penembak tepat zionis juga menembak semua orang yang cuba bergerak dalam bangunan terbabit.

Kawasan hospital itu kini dipenuhi kereta kebal musuh dan tentera Israel menembak sepanjang masa.

"Kita boleh bergerak hanya pada waktu-waktu tertentu iaitu sekitar pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang kerana pada waktu itu sahaja kami rasa sedikit selamat.

"Penjajah menembak sesiapa sahaja yang cuba bergerak atau melihat sesuatu dari tingkap atau bergerak di sekitar bangunan hospital, walhal tiada sesiapa pun yang melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Mereka juga mengebom kawasan tertentu di hospital," ujarnya.

Khamis lalu, zionis mendakwa kononnya menemui terowong Hamas dan sebuah kenderaan dengan senjata di kompleks Hospital Al Shifa, namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh kumpulan pejuang itu.

Tiga bayi baru lahir telah meninggal dunia dan 36 bayi lagi berisiko terkorban susulan kekurangan elektik untuk inkubator akibat serangan udara serta darat zionis ke atas hospital tersebut. -Reuters

ARTIKEL BERKAITAN:
"Kami tidak tahu mengapa Israel ambil mayat pesakit" - Doktor Hospital Al-Shifa
Tentera Israel jadikan ribuan orang dalam Hospital Al-Shifa sebagai tebusan
Inkubator tidak lagi berfungsi, bayi di Hospital Al-Shifa diambang maut
Tentera Israel memasuki hospital Al Shifa di Gaza
Penembak tepat Israel tembak empat pesakit di Hospital Al-Shifa

 

SITI AISHAH BINTI MD ISA