ALOR SETAR, 18 November- Kawasan banjir di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar di Kedah, telah pulih sepenuhnya.
Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, Kubang Pasu yang merupakan satu-satunya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka, telah rasmi ditutup pukul 1.00 petang tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata penduduk yang ditempatkan di PPS terbabit dibenarkan pulang pada tengah hari tadi.
Hujan lebat sejak 13 November lalu telah mengakibatkan di Kampung Lahar, Paya Tok Keong, Paya Tok Teh dan Kampung Tok Biak manakala di daerah Kota Setar, PPS SK Titi Gajah ditutup pukul 10.00 pagi tadi.
Enam buah kampung dilapor terjejas, sejak 14 November lalu berikutan hujan berterusan dan limpahan Sungai Anak Bukit.
Kampung yang terjejas ialah Kampung Seberang Chegar, Kampung Alor Gunung, Kampung Pulau Kerengga, Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor Perang dan Kampung Bohor.