fb fb fb fb fb

Jambatan Sungai Rambai ditutup, pengguna disaran guna lebuh AMJ

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berpendapat kerosakan berkemungkinan disebabkan arus sungai deras/foto FB orang awam

TANGKAK, 29 Disember - Jambatan Sungai Rambai FT001 yang menghubungkan Kesang, Tangkak, Johor, dan Sungai Rambai, Melaka, ditutup selepas struktur rosak dan tidak selamat.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berpendapat kerosakan berkemungkinan disebabkan arus sungai deras.

"Kerosakan juga berkemungkinan berlaku disebabkan struktur jambatan itu dirempuh sisa pokok hanyut, selain struktur tanah dasar terhakis," katanya.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) sebagai laluan alternatif untuk ke destinasi.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI