fb fb fb fb fb

Inkubator tidak lagi berfungsi, bayi di Hospital Al-Shifa diambang maut

Sebilangan bayi baru lahir yang terpaksa dikeluarkan dari inkubator di Hospital Al-Shifa dan diletakkan di atas katil/Reuters

GAZA, 12 November- Bayi baru lahir di Hospital Al-Shifa di sini terpaksa dikeluarkan dari inkubator hari ini selepas bekalan elektrik hampir terputus di tengah-tengah serangan berterusan oleh zionis ke atas kawasan tersebut.

Doktor hospital itu, Dr. Ahmed berkata, tiada bekalan elektrik mencukupi untuk menghidupkan penjana bagi inkubator di bangunan wad wanita yang telah dibom Israel beberapa kali.

Bayi baru lahir semuanya dipindahkan dan seramai 10 bayi kini diletakkan di atas katil dengan penghawa dingin yang diharap dapat memberikan kehangatan kepada mereka.

"Kami menjangkakan akan kehilangan lebih banyak daripada mereka (bayi) dari hari ke hari," ujarnya sambil menambah keadaan itu boleh mengundang jangkitan dan sepsis.

Al-Shifa dan hospital lain di utara Gaza yang menjadi tumpuan serangan zionis sejak lebih sebulan itu ketika ini hampir tidak lagi mampu merawat pesakit.

Lebih ramai orang awam cedera setiap hari oleh pengeboman ganas Israel . -Reuters

ARTIKEL BERKAITAN:|
39 bayi di Hospital Al-Shifa berisiko maut bila-bila masa
Israel bom wad jantung Hospital Al-Shifa hari ini
Penembak tepat Israel tembak empat pesakit di Hospital Al-Shifa

SITI AISHAH BINTI MD ISA