
KUALA LUMPUR, 4 Mac – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi dilantik menjadi Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun bermula hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pelantikan rasmi Tengku Zafrul sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun.
- Jawatan itu mengisi kekosongan Setiausaha Politik Kanan di Pejabat Perdana Menteri.
- Perdana Menteri mengharapkan Tengku Zafrul melaksanakan amanah dengan baik dan tawaduk.
- Pelantikan diumumkan melalui kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan tersebut adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
Dalam kenyataan itu juga, Perdana Menteri menzahirkan ucapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.